Muzik klasik India merupakan salah satu muzik yang tertua. Muzik India bermula kira-kira abad ke-2 selepas masihi. Di percayai perkembangan muzik india berlaku selepas bangsa Arya bermingrasi ke India kira-kira 1500sm. Muzik india terus berkembang dan menjadi penting pada abad ke 20 selepas merdeka pada tahun 1947 sebagai sibol keagungan, penghormatan dunia kepada muzik india. Menurut lagenda, muzik India ini mendapat inspirasi dari pemujaan para dewa dewi. Masyarakat India klasik percaya bahawa dewa Shiwa yang menciptakan suara,irama, dan tari-tarian lalu diturunkan olehnya seseorang yang pandai untuk mengajar masyarakat India. Muzik klasik India merupakan muzik yang berasaskan kepada zikir dan ratib (keagamaan), muzik kuil dan muzik rakyat contohnya Zikir Rig Veda berumur 3000 tahun hanya 3 not. Muzik India berkonsepkan melodi dan irama berbeza dari muzik barat yang berkonsepkan kepada harmoni dan counterpoint. Dalam muzik klasik India, mereka mementingkan improvisasi dalam struktur lagu. Selain itu, skala dalam muzik India juga berbeza dari muzik barat dimana terdapat interval yang lebih kecil dari semiton yang dipanggil sruti(microtone). Dalam satu skala terdapat lebih 20 sruti penggunaan skala dalam muzik India adalah sukar untuk ditranskripsi mengikut notasi barat. Dalam muzik klasik India, hubungan antara guru dan shisya amat penting dalam cara mereka mempelajari sesuatu muzik. Bagi masyarakat India terdahulu mempelajari muzik berkait rapat dengan hubungan hukum agama, tuhan, falsafah, kerohanian, sosial, ritual dan alam ghaib ini kerana muzik itu adalah sebagai alat yantra dan bhgavatar (sebagai persembahan tuhan). Muzik disampaikan secara aural dan imitasi iaitu pelajar meniru segala apa yang diajar oleh guru dan pendirian guru. Pembelajaran muzik melalui teori dan bacaan tidak dapat memenuhi kehendak dan hakikat sebenar. Selain itu, pereanan guru (pandit dan ustaz) bukan hanya mengajar malah membentuk kesedaran yang sepenuhnya terhadap muzik kepada anak muridnya. Muzik India terbahagi kepada 2 mengikut struktur geografi iaitu hindustani (utara India) dan karnatak (selatan India). Secara umumnya muzik hindustani di utara india adalah muzik yang telah mendapat pengaruh luar dari negara islam, persia, turki, dan afghanistan yang telah membawa kepada perkembangan muzik dan alat muzik baru. Manakala di karnatak (selatan India) oleh kerana berada dikawasan luar bandar dan tidak mendapat pengaruh luar, mereka masih mengekalkan keaslian muzik klasik India dan alat-alat yang digunakan juga berbeza. Dari utara barat hingga ke Poorab, stail dan genre lagu banyak diperkembangkan melalui sistem gharana secara turun menurun di Agra, Jaipur, Delhi, Gwa. Secara umumnya, muzik India masuk ke Malaysia semasa imigrasi orang India di zaman penjajahan dan sebelum zaman penjajahan, buktinya sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, Raja-Raja di Tanah Melayu beragama hindu. Dalam masayarakat India, agama dan muzik berkait rapat kerana muzik adalah satu unsur penting semasa upacara keagamaan.
Table Of Content
Monday, September 27, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment