Monday, September 27, 2010

Alat Muzik Klasik India

Terdapat empat keluarga instrumen muzik India iaitu Tantrigad(alat muzik bertali),Anandha(alat muzik perkusi,Sushir(alat muzik jenis tiupan) dan Ghan(alat muzik logam).



 Vena(Tantrigad)
  • alat melodi yang hampir sama dengan sitar
  • mempunyai 7 tali,terdiri daripada 4 tali gut dan tiga tali tarab
  • ton lebih lembut dari sitar
  • terdapat 2 sound chamber( bahagian yang diperbuat daripada labu yang telah dikeraskan)
Bansuri(Sushir)

  • alat tiup kayu yang diperbuat daripada bambu.
  • mempunyai 6 atau 7 lubang yang ditebuk untuk menghasilkan pic yang berbeza.
 Dholak(Ananda)

  • juga dipanggil dholki
  • mempunyai dua bahagian muka yang berbezza saiz.
  • pic tinggi dihasilkan dengan memainkan bahagian kecil muka dan pic rendah dihasilkan dengan memainkan bahagian besar muka.
  • mengiringi Qawwali

Dilruba(Tantrigad)

  • berbeza dengan sitar dan sarangi
  • mempunyai 18 tali dan fret yang diperbuat daripada logam.
  • dimainkan dengan menggunakan bow atau penggesek

Esraj(Tantrigad)

  • gabungan sitar dan sarangi.
  • berbunyi seperti sarangi.
  • juga dimainkan dengan menggunakan bow.

Mridangam( Anandha)

  • mempunyai dua muka yang berbeza.
  • bahagian muka diperbuat daripada kulit kambing.
  • mengiringi ghatam
  • pic tinggi dihasilkan dengan memainkan bahagian kecil muka dan pic rendah dihasilkan dengan memainkan bahagian besar muka.

Pakhwaj(Anandha)

  • juga dipanggil mardal atau mardala.
  • mempunyai dua muka yang berbeza saiz.
  • bahagian muka dihasilkan dengan menggunakan kulit kambing.
  • mengiringi Drupad

 Pungi(Sushir)

  • terkenal bagi menjinakkan ular tedung
  • diperbuat daripada labu dan dua batang tiub kayu,biasanya dari bambu.
  • mempunyai bunyi melodi dan drone.

Rabab(Tantrigad)
Sarangi(Tantrigad)

  • alat bertali yang digesek
  • mempunyai 3 tali gut dan 30 tali tarab
  • tiada tali chitikari
  • dianggap sebagai alat muzik daripada golongan kasta rendah.

Sarod(Tantrigad)

  • jenis lute yang dipetik seperti gitar
  • tiada fret
  • pemetik diperbuat daripada tempurung kelapa
  • mempunyai 4 tali gut,20 tali tarab,2 tali chitikari

Shenai(Sushir)

  • mempunyai persamaan dengan alat muzik barat Oboe.
  • menngunakan double reed.
  • berbadan kayu dan mempunyai serombong logam.
Sitar(Tantrigad)

  • jenis lute
  • berasal dari Parsi
  • mempunyai tali logam
  • 7 tali gut untuk memainkan melodi dan talal(skel)
  • tali lain berfunsi untuk memainkan drone
  • terdapat 13 fret yang boleh diubah kedudukan
  • mempunyai sound chamber
  • dipetik menggunakan pemetik logam dipnaggil mizrab

0 comments:

Post a Comment