Monday, September 27, 2010

Sumber

0 comments
  • Encik Amran bin Aris,Pensyarah SMP2252 Muzik Tradisional Malaysia Universiti Pendidikan Sultan Idris 2010
  • Music an Appreciation VI Edition, Roger Kamien, The McGraw-Hill Companied, Inc. page 635-641.
 

Video Pembentangan

0 comments






Video Kajian Lapangan

0 comments

Power Point

0 comments

Muzik Klasik India -

Bentuk Muzik Klasik India

0 comments
Muzik India dapat dibahagikan kepada beberapa genre termasuklah Muzik Vokal, Dhrupad, Thumri, dan Muzik Instrumental.

Muzik Vokal
  • Dikenali sebagai Khayal (Bahasa Urdu yang bermaksud pemikiran atau imaginasi)
  • Datang dar Zaman Istana Mohgul.
  • Wujud kesan dari gabungan Dhrupad dan Qawwali berasaskan Muzik Keagamaan, Muzik Parsi dan Muzik Sufi.
  • Dinyanyikan oleh lelaki dan perempuan.
  • Alat muzik iringan seperti tabla, sarangi, dan harmonium.
Dhrupad
  • Berasal dari Bahasa Sanskrit iaitu, druva bermaksud struktur.
  • Muzik Klasik India yang berkaitan dengan Agama Hindu.
  • Penggunaan not sargam, Sa, re, ga..
  • Dinyayikan oleh kaum lelaki.
  • Alat muzik iringan seperti tambura, pakhawai (drum).
Thumri
  • Poetical Genre (berkaitan dengan tarian)
  • Dinyanyikan oleh lelaki, bunyi seperti khayal.
  • Tidak kompleks seperti Khayal dan Dhrupad.
  • Alat muzik iringan seperti tambura, tabla, dan harmonium.
Muzik Instrumental
  • Mula popular dalam abad ke-20.
  • Ravi Shankar, Vilayat Khan, Ali Akhbar Khan dan Amiad Ali Khan merupakan pemuzik terpenting pada masa tersebut.
  • Instrumen solo yang digunakan termasuklah Sitar, Sarod, Sarangi, Esrai, Diruba (bowed).
  • Instrumen iringan pula seperti tabla, harmonium, dan tambura.

Selain itu, struktur Muzik India dapat dikelaskan kepada tiga bahagian:

Bahagian Alap
  • Intro muzik yang agak perlahan temponya.
  • Memperkenalkan raga dan mood lagu.
  • Improvisasi yang sederhana.
  • Elastik
Bhagian Jor
  • Meter permulaan dapat dikesan.
  • Alat perkusi bermula.
Bahagian Gat
  • mz lebih agresif.
  • Improvisasi banyak dan meriah.
  • Improvisasi dimainkan oleh alat utama.
  • Merupakan klimak lagu.
Tala merupakan susunanrentak gendang dalam satu kitaran. Terdiri daripada kitaran rentak yang berulang mempunyai banyak variasi yang kompleks. Variasi tala termasuklah variasi rentak dan tempo.

Raga pula merupakan warna atau susunan. Ia mempunyai banyak jenis yang berbeza-beza. Perbezaan ini dapat dikenali melalui susunan melodinya. Jenis-jenis raga dihasilkan berdasarkan mood yang tertentu. Mood dalam raga adalah berdasarkan tema lagu tersebut. Contohnya kedamaian, cinta, dan kepahlawanan. Raga juga berkaitan dengan Dewa, musim dan perayaan.

Cara Persembahan

0 comments
Semangat muzik diterapkan dalam watak pemuzik. " We view music as a kind of spiritual discipline that raises one's inner being to divine peacefullness and bliss", oleh Ravi Shankar (b. 1920), salah satu daripada pemuzik India yang terpenting. Muzik Selatan India terdapat pengaruh agama. Damal muzik india, konsep 'guru' amat ditinggikan sebagai wakil Tuhan. Untuk menerima pelajar atau murid yang ingin mempelajari muzik india, satu upacara khas akan diadakan. Penurunan ilmu kepada murid berlaku secara oral dan bukanlah bertulis. Walaupun muzik klasik India mempunyai banyak sistem notasi, namun mereka hanya memberi melodi dan irama asas sahaja.

Salah satu teknik yang digunakan dalam persembahan muzik kalsik India ialah Improvisasi. Teknik tersebut amat penting dalam muzik India. Dibimbing dengan melodi dan irama yang kompleks di mana akan menguasai ton, hiasan, dan irama sesuatu lagu. Improvisasi merupakan satu teknik yang sukar dan memerlukan masa bertahun-tahun untuk menguasainya. Improvisasi biasanya dipersembahkan oleh soloist dan pemain drum.

Alat Muzik Klasik India

0 comments
Terdapat empat keluarga instrumen muzik India iaitu Tantrigad(alat muzik bertali),Anandha(alat muzik perkusi,Sushir(alat muzik jenis tiupan) dan Ghan(alat muzik logam).



 Vena(Tantrigad)
  • alat melodi yang hampir sama dengan sitar
  • mempunyai 7 tali,terdiri daripada 4 tali gut dan tiga tali tarab
  • ton lebih lembut dari sitar
  • terdapat 2 sound chamber( bahagian yang diperbuat daripada labu yang telah dikeraskan)
Bansuri(Sushir)

  • alat tiup kayu yang diperbuat daripada bambu.
  • mempunyai 6 atau 7 lubang yang ditebuk untuk menghasilkan pic yang berbeza.
 Dholak(Ananda)

  • juga dipanggil dholki
  • mempunyai dua bahagian muka yang berbezza saiz.
  • pic tinggi dihasilkan dengan memainkan bahagian kecil muka dan pic rendah dihasilkan dengan memainkan bahagian besar muka.
  • mengiringi Qawwali

Dilruba(Tantrigad)

  • berbeza dengan sitar dan sarangi
  • mempunyai 18 tali dan fret yang diperbuat daripada logam.
  • dimainkan dengan menggunakan bow atau penggesek

Esraj(Tantrigad)

  • gabungan sitar dan sarangi.
  • berbunyi seperti sarangi.
  • juga dimainkan dengan menggunakan bow.

Mridangam( Anandha)

  • mempunyai dua muka yang berbeza.
  • bahagian muka diperbuat daripada kulit kambing.
  • mengiringi ghatam
  • pic tinggi dihasilkan dengan memainkan bahagian kecil muka dan pic rendah dihasilkan dengan memainkan bahagian besar muka.

Pakhwaj(Anandha)

  • juga dipanggil mardal atau mardala.
  • mempunyai dua muka yang berbeza saiz.
  • bahagian muka dihasilkan dengan menggunakan kulit kambing.
  • mengiringi Drupad

 Pungi(Sushir)

  • terkenal bagi menjinakkan ular tedung
  • diperbuat daripada labu dan dua batang tiub kayu,biasanya dari bambu.
  • mempunyai bunyi melodi dan drone.

Rabab(Tantrigad)
Sarangi(Tantrigad)

  • alat bertali yang digesek
  • mempunyai 3 tali gut dan 30 tali tarab
  • tiada tali chitikari
  • dianggap sebagai alat muzik daripada golongan kasta rendah.

Sarod(Tantrigad)

  • jenis lute yang dipetik seperti gitar
  • tiada fret
  • pemetik diperbuat daripada tempurung kelapa
  • mempunyai 4 tali gut,20 tali tarab,2 tali chitikari

Shenai(Sushir)

  • mempunyai persamaan dengan alat muzik barat Oboe.
  • menngunakan double reed.
  • berbadan kayu dan mempunyai serombong logam.
Sitar(Tantrigad)

  • jenis lute
  • berasal dari Parsi
  • mempunyai tali logam
  • 7 tali gut untuk memainkan melodi dan talal(skel)
  • tali lain berfunsi untuk memainkan drone
  • terdapat 13 fret yang boleh diubah kedudukan
  • mempunyai sound chamber
  • dipetik menggunakan pemetik logam dipnaggil mizrab