Monday, September 27, 2010

Cara Persembahan

Semangat muzik diterapkan dalam watak pemuzik. " We view music as a kind of spiritual discipline that raises one's inner being to divine peacefullness and bliss", oleh Ravi Shankar (b. 1920), salah satu daripada pemuzik India yang terpenting. Muzik Selatan India terdapat pengaruh agama. Damal muzik india, konsep 'guru' amat ditinggikan sebagai wakil Tuhan. Untuk menerima pelajar atau murid yang ingin mempelajari muzik india, satu upacara khas akan diadakan. Penurunan ilmu kepada murid berlaku secara oral dan bukanlah bertulis. Walaupun muzik klasik India mempunyai banyak sistem notasi, namun mereka hanya memberi melodi dan irama asas sahaja.

Salah satu teknik yang digunakan dalam persembahan muzik kalsik India ialah Improvisasi. Teknik tersebut amat penting dalam muzik India. Dibimbing dengan melodi dan irama yang kompleks di mana akan menguasai ton, hiasan, dan irama sesuatu lagu. Improvisasi merupakan satu teknik yang sukar dan memerlukan masa bertahun-tahun untuk menguasainya. Improvisasi biasanya dipersembahkan oleh soloist dan pemain drum.

0 comments:

Post a Comment